Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin bercakap kepada media ketika menghadiri sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 16 OGOS 2018
Datuk Bung Mokhtar Radin. foto FAREEZ FADZIL, 16 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin telah digugurkan daripada Kabinet baharu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Bung Moktar mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah I pada 29 September 2020 dan memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Dalam rombakan Kabinet terbaharu Hajiji mengumumkan Presiden STAR Datuk Seri Dr. Jeffery Kitingan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Pertanian.

Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr. Joachim Gunasalam sebagai Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat (UMNO) Datuk Ir. Shahelmey Yahya sebagai Timbalan Ketua Menteri III dan Menteri Kerjaraya.

Dalam kenyataan hari ini, Hajiji berkata, rombakan Kabinet adalah perlu dan bertujuan memperkukuhkan kerajaan negeri serta bersifat inklusfi dengan memasukan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Harapan.

“Menyedari keperluan untuk membentuk satu pentadbiran inkusif, saya telah memasukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pakatan Harapan ke dalam Kabinet sebagai tambahan di samping wakil dari UMNO/BN dan GRS.

Adalah penting bagi Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya dapat berfungsi sebagai satu pasukan yang bersatu padu, dengan berkongsi aspirasi yang sama uang diina atas kepercayaan dan saling menghormati,” katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri berazam untuk mempunyai pemimpin yang beriltizam untuk bergerak sehaluan.

Pemimpin terbabit juga menghargai keperluan bagi memastikan usaha membangunkan negeri berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang ganggungan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

“Kestabilan politik adalah penting untuk mencapai matlamat ini.

“Bersama satu pasukan yang kukuhkah kami akan memastikan pelaburan dinamik kerajaan negeri dapat dikekalkan, seterusnya meningkatkan keyakinan pelabur di sampaing dapat menarik lebih ramai lagi untuk datang melabur ke Sabah.

“Kita perlu memastikan momentum pembangunan kita terus maju ke hadapan dan seterusnya dapat memenuhi janji-janji pilihan raya kita kepada rakyat dan negeri,” katanya.

Turut dilantik adalah Datuk Seri Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan, Datuk Jahid Jadim sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Mohd. Ariffin Mohd. Arif sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Datuk Ellron Angin sebagai menteri Belia dan Sukan, Datuk James Ratib (BN) sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahreraan Rakyat, Datuk Liew Chin Jin (PKR) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pembangunan Perindusrian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Yg wakil UMNO tapi tak ikut arahan parti, masih UMNO kaa? Wahhh gila kuasa yer…sanggup khianat parti utk jd Menteri

  2. DULU KIN DAN SELAMANYA …uMNO BERKERIS SATU adalah TAMAK KUASA/JAWATAN…..sanggup jadi MUNAFIK NO ANWAR NO DAPIGS HANYA MENANG 26 KERUSI ….menjuburi JANJI PAU 2022

    prn MELAKA JOHOR dan PRU 15 adalah ketamakan Umnongok untuk BUBAR DUN dan PARLIMEN
    begitu yakin bergerak SOLO akhirnya tersembam masuk goll

    TIDAK HERAN JIKA BERLAKU DISABAH ….lihatlah DUN PERAK dan PAHANG tanpa KEMALUAN untuk diangkat jadi MB wpun tiada majoriti …SAARANI dan Wan ROSDY juga dari Umnongok

Comments are closed.