UMNO Pasir Puteh bangkit
Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan ada gerakan untuk menandingi presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang ditemui berkata, tidak mungkin perkara itu berlaku lagi-lagi membabitkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Tak mungkinlah… beliau orang kanan presiden,” katanya ringkas.

Terdahulu, satu poster tular mengenai #RESETUMNO yang menamakan Johari sebagai presiden baharu menggantikan Ahmad Zahid.

‘Pasukan’ Johari itu turut disertai Khairy Jamaludin sebagai timbalan presiden serta tiga naib presiden iaitu Datuk Seri Hasni Mohamed, Datuk Seri Reezal Merican dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. – MalaysiaGazette