Beberapa pejalan kaki kelihatan terduduk selepas dirempuh oleh pemandu di persimpangan Tianhe Road dan Tiyudong Road di Guangzhou. foto thestandard.com.hk

BEIJING – Polis China telah menahan seorang pemandu lelaki yang merempuh pejalan kaki di Guangzhou hingga mengorbankan lima orang.

Manakala 13 orang lagi cedera.

Kemalangan itu berlaku di persimpangan Tianhe Road dan Tiyudong Road.

Saksi-saksi memberitahu, kereta BMW yang dipandu lelaki itu dalam keadaan laju ketika tiba di persimpangan berhampiran Zhengja Plaza.

Malah, dia cuba untuk melarikan diri selepas melanggar pejalan kaki.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan orang ramai apatah lagi video yang tular menunjukkan lelaki itu keluar dari kereta dan melemparkan wang kertas ke udara, sejurus selepas nahas tersebut.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast