KAJANG – Sebuah kenderaan musnah sepenuhnya selepas terbakar secara tiba-tiba di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, hari ini.
Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.03 pagi dan menggerakkan seramai sembilan anggota dan dua jentera.
“Laporan di lokasi mendapati sebuah MPV Naza Ria telah terbakar sepenuhnya.
“Kejadian tersebut berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dan mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette