Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan WIlayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (tengah) menurungkan tandatangan sebagai gimik Perasmian Pavilion Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 12 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Walaupun UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah memaafkan 10 ahli Parlimen termasuk dari partinya yang bertindak menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu namun pemantauan tetap dibuat.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau dan Lembaga Disiplin parti akan berbuat demikian.

“Saya dan Lembaga Disiplin akan terus melakukan pemantauan terhadap pendirian yang ada sekarang dan juga sama ada mereka melakukan mana-mana gerakan lain.

“Saya yakin mereka akan tetap bersama-sama UMNO dan BN dalam mendokong Kerajaan Perpaduan dan saya yakin bahawa kesilapan dulu adalah kerana situasi politik tidak menentu,” katanya kepada media selepas selesai membuat lawatan di booth Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) hari ini.

Semalam dalam sesi taklimat di hadapan lebih 3,000 perwakilan, Ahmad Zahid mendedahkan terdapat 10 Ahli Parlimen UMNO dan BN yang menandatangani surat akuan berkanun (SD) menyokong Muhyiddin.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menamakan secara jelas nama kesemua 10 Ahli Parlimen UMNO BN tersebut namun hanya menamakan kawasan masing-masing.

Beliau berkata, Muhyiddin pada mulanya memiliki majoriti untuk dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) selepas PRU-15 lalu.

Justeru itu, Ahmad Zahid berkata, yang penting sekarang semua ahli Parlimen dan ahli akar umbi UMNO perlu meneruskan perjuangan dan bergerak ke hadapan untuk fokus kepada kebangkitan semula parti.

“Kita harus bergerak ke hadapan maka yang terbaik adalah kita untuk menjadikan peristiwa itu sebagai pengajaran kerana keputusan MKT (Majlis Kerja Tertinggi UMNO) dan BN semua gerakan perlu buat secara blok dan cara satu pasukan.

“Oleh kerana semua 30 ini (kesemua ahli Parlimen BN) telah bersama mendokong semula saya tidak fikir tindakan itu dilakukan secara berdemdan dan kita hendaklan bergerak ke hadapan untuk melakar politik baharu negara,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast