KUALA LUMPUR – Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya pada 20 dan 21 Januari ini sebelum perayaan sambutan Tahun Baharu Cina dan 24 dan 25 Januari, kata Kementerian Pengangkutan.

Selain itu, perintah penurunan had laju kebangsaan juga akan turut dikuatkuasakan bersama-sama larangan ini

Langkah ini bertujuan mengurangkan risiko berlakunya nahas jalan raya dengan mengambil kira peningkatan trafik yang ketara khususnya bagi kenderaan persendirian yang pulang ke kampung halaman.

Tujuan utama larangan ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.

”Kementerian Pengangkutan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya dan menasihatkan semua agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu,” ujar kementerian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast