Seorang kontraktor direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan bayaran palsu kerja pembersihan dan penyelenggaraan bernilai RM444,000. Foto Ihsan SPRM Selangor

KUALA LUMPUR – Seorang kontraktor direman lima hari bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan bayaran palsu kerja pembersihan dan penyelenggaraan bernilai RM444,000.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistrest Siti Hajar Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek telah ditahan pada jam 8 malam semalam selepas hadir di Pejabat SPRM Cawangan Kuala Selangor.

“Suspek menggunakan perniagaan sebuah syarikat telah mengemukakan tuntutan bayaran palsu kepada Institusi Latihan di Selangor.

“Ia bagi kerja sebut harga perkhidmatan pembersihan bangunan dan pejabat serta menyelenggara landskap yang berjumlah RM444,000 sedangkan kerja itu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

“Kesalahan itu dilakukan antara September 2020 hingga April 2022 ketika suspek menjadi kontraktor di institut itu,” ujarnya pada MalaysiaGazette, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim turut mengesahkannya dan siastaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast