Pegawai penjara menaiki tangga untuk ke menara bagi membuat kawalan di Penjara Kajang, Kajang, Selangor.

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 24 dan 25 Januari ini bagi lawatan perjumpaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina kepada keluarga semua penghuni penjara termasuk Pusat Pemulihan Akhlak, Pusat Pemulihan Khas, Tempat Tahanan Khas dan Sekolah Henry Gurney.

Keutamaan diberikan kepada penghuni kaum Cina sahaja.

Keluarga dibenar melakukan perjumpaan secara bersemuka dan secara dalam talian (online/panggilan video).

Manakala kaedah secara dalam talian bermula pada 26 hingga 28 Januari 2023.

Menurutnya, bagi perjumpaan bersemuka, waktu lawatan bermula dari jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang dan perlu membuat ujian RT-PCR atau ARTK-Ag (swab/saliva) dalam sah laku tiga hari selepas pengambilan sample dan tidak bergejala sebelum hadir ke institusi berkenaan.

Selain itu, seorang penghuni penjara hanya dibenarkan untuk menerima sekali sahaja lawatan daripada keluarga dan pelawat perlu membuat temujanji melalui tiga kaedah tempahan iaitu melalui Sistem i-Visit di laman web: www.prison.gov.my; panggilan telefon di institusi berkenaan dan emel atau surat ke institusi berkenaan.

Pihak institusi akan menetapkan tarikh dan sesi perjumpaan selepas tempahan dibuat. – MalaysiaGazette