majlis ulama umno
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali selepas mendengar ucapan dasar daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto AFFAN FAUZI, 13 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Majlis Ulama UMNO boleh memainkan peranan menasihati parti di semua peringkat agar segala aktivitinya sentiasa selaras dengan Islam.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, langkah itu juga boleh membantu usaha memperkasakan amalan Islam dalam kalangan ahli parti.

“Majlis itu juga boleh sentiasa memberikan pandangan dan nasihat kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dalam usaha memperkukuhkan Islam dalam negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Tahniah kepada UMNO khususnya presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pagi tadi, Ahmad Zahid menggesa supaya penubuhan Majlis Ulama UMNO disegerakan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Penubuhan Majlis Ulama perlu disegerakan – Zahid