KUALA LUMPUR – Lemabaga Tabung Haji masih membiayai sebahagian kos jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah tersebut buat pertama kali secara muassasah melalui Bantuan Kewangan Haji (HAFIS).
Menurutnya, TH memberi bantuan sebanyak 62% bagi seorang jemaah haji golongan B40 manakala 55% bagi jemaah haji bukan golongan B40.
Ia dilakukan melalui penetapan bayaran haji bersasar pada kadar RM10,980 (38% daripada kos haji) sejak 2022 bagi jemaah B40.
Manakala RM12,980 (45% daripada kos haji) bagi jemaah haji bukan B40.
Bagaimanapun jemaah muassasah yang menunaikan haji buat kali kedua atau lebih perlu membayar kos penuh.
Jumlah bayaran yang dikenakan ini lebih rendah daripada kos haji sebanyak RM28,632 seorang. – MalaysiaGazette