KUALA LUMPUR – Sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini kecoh sebentar apabila ada dalam kalangan perwakilan tidak puas terhadap usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Keadaan dewan menjadi gamat sebaik sahaja pembahas dari UMNO Bahagian Rembau, Mohd Shukri Samsudin mengemukakan usul itu.

“Usul tambahan saya ialah memcadangan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding,” katanya ketika mengakhiri perbahasan beliau dan serentak itu disambut dengan teriakan ‘boo’.

Kira-kira 3,000 perwakilan berada di dalam Dewan Merdeka ketika perbahasan itu berlangsung.

Tindakan spontan itu dipercayai dibuat oleh para perwakilan apabila terdapat dalam kalangan  mereka yang tidak puas terhadap usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menyatakan kesediaannya untuk ditentang sesiapa sahaja yang berhasrat untuk berentap jawatan yang disandang beliau.

Meskipun belum disahkan, setakat ini hanya Ahmad Zahid yang memberi isyarat untuk menentang Ahmad Zahid buat kali kedua.

Pada Pemilihan UMNO 2018 lalu, Ahmad Zahid memperoleh 93 undi, menewaskan empat pesaing lain iaitu Khairy Jamaluddin dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Khairy memperoleh 51 undi, manakala Tengku Razaleigh ataupun Ku Li mendapat 23 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast