Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menambah 12 lorong RFID di lebuh rayanya bagi mengatasi rungutan pengguna lebuh raya berhubung kekurangan lorong berkenaan yang menyebabkan kesesakan.

Pertambahan itu melibatkan 11 plaza-plaza tol utama iaitu di lebuh raya Plaza Tol Rawang Selatan, Setia Alam, Kubang Semang, Subang, Putra Mahkota, Shah Alam, Jalan Duta, Jambatan Pulau Pinang, Sungai Buloh, Sungai Besi, dan Kajang .

”Kami menjangka kesemua proses penambahan lorong RFID ini akan siap secara berperingkat menjelang pertengahan April tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

PLUS juga menasihatkan semua pengguna RFID untuk sentiasa menggunakan lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol serta memastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya untuk pengalaman perjalanan yang lebih lancar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast