KUALA LUMPUR – Penyanyi rap kontroversi, Caprice memohon pengikut di laman sosialnya agar memberi sokongan kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang sebelum ini menunjukkan prestasi baik sebagai menteri Kabinet.
Caprice atau Ariz Ramli, 34, berkata, walaupun pernah tidak bersetuju dengan bekas Ahli Parlimen Rembau itu dalam beberapa isu, Khairy perlu diangkat sebagai pelapis pemimpin dalam membawa negara maju ke hadapan.
Namun malangnya kata Caprice, bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu mungkin akan ditamatkan karier oleh partinya sendiri.
Tambah beliau, pemimpin yang hebat perlu bergerak dengan prinsip sambil mendakwa Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki kini telah menjadi kambing hitam.
“Guys please support our brother @khairykj yang mungkin akan kene game dari parti dia sendiri… walaupon cap pernah tak setuju dgn KJ waktu GEG, tapi cap hormat dan tabik dia waktu dia di KBS / Mosti / dan KKM.
“Orang yang perform patut di angkat baru kita akan maju ke hadapan… orang yang tak perform patut di undur. Bergerak dgn princip, jgn jadi kambing macam @drasyrafwajdi yang tak pernah menang dalam 3 pilihan raya tapi sembang gebang,” tulis Caprice di Instagram miliknya.
Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan terhadap Khairy Jamaluddin.
“Itu akan dibincangkan oleh Lembaga Disiplin sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan Parti,” katanya dalam sidang media selepas ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Khairy bahawa wujud komplot Langkah Dewan Merdeka untuk meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.
Namum Ahmad Zahid menafikan dakwaan terdapat perwakilan import bagi meluluskan usul berkenaan.
“Mana boleh masuk kalau tiada kad ini (kad perwakilan),” katanya. – MalaysiaGazette
Jadi kambing hitam masih boleh terima lagi tapi jangan jadi lembu laga yang diguna untuk menanduk tuan sendiri.
Jgn jd batu api seperti nickname tu