Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengucap tahniah kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United yang menang tipis 2-1 selepas menewaskan jiran tetangga, Manchester City.
Beliau yang juga Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN) menyifatkan kemenangan itu sebagai ‘anak jantan’ kerana diperolehi bukan secara percuma.
“Selamat Malam…tiburon nyenyak. MAN U 2:MAN C 1..
“Menang berlawan, bukan menang percuma…ha ha
“Anak Jantan!” tulis di hantaran Facebook miliknya yang percayai merujuk kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

Semalam, PAU meluluskan dengan suara majoriti usul agar jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu tidak dipertandingkan.

Pada persidangan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, majoriti perwakilan menyokong usul berkenaan.

Ini bermakna Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan akan memegang jawatan itu untuk tempoh tiga tahun lagi.

Sebelum ini, Ahmad Zahid menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya selepas banyak pendapat menyebut sebarang pemilihan jawatan tertinggi parti akan hanya memecahbelahkan parti berikut kekalahan dialami pada pilihanraya umum ke-14 dan ke-15.

Bulan lalu, Annuar Musa antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wat pe nk berkias2 lg… hang dh dipecat.. Cakap terus je.. masih takut2 ka? Zaman politik dh berlalu.. rehat2 secukupnya..

Comments are closed.