Pasukan penyelamat mengelilingi bangkai pesawat Nepal yang terhempas di terhempas di Pokhara. foto Andolu Agency

KATHMANDU – Kotak hitam pesawat penumpang Nepal yang terhempas ditemui hari ini.

“Pasukan keselamatan telah menemui kotak hitam itu sebentar tadi. Kami akan mendapatkannya tidak lama lagi,” menurut jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal (CAAN).

Pasukan penyelamat telah menyambung semula operasi mencari selepas ditangguhkan lewat malam tadi.

Namun, setakat ini empat mangsa masih belum ditemui.

Pesawat penumpang itu terhempas pada hari Ahad berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular di tengah Nepal.

Pasukan penyelam juga telah dikerah untuk mencari di Sungai Seti kerana beberapa mayat dikhuatiri terjatuh di dalamnya, kata jurucakap itu.

Pesawat Yeti Airlines yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal itu terhempas di gaung Sungai Seti ketika dalam penerbangan dari Kathmandu ke Pokhara.

Sehingga semalam, sebanyak 68 mayat ditemui dari lokasi nahas

Menurut kenyataan CAAN, terdapat 15 warga asing menaiki penerbangan tersebut.

Kerajaan Nepal telah mengisytiharkan cuti umum susulan tragedi yang menyayat hati itu dan memutuskan untuk membentuk jawatankuasa lima anggota bagi menyiasat punca kemalangan itu, yang disifatkan sebagai antara yang paling teruk dalam sejarah Nepal dalam tiga dekad lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast