Kerja-kerja pemadaman api di lokasi kejadian mengambil masa hampir tujuh jam.

BAGAN DATUK – Seorang lelaki warga emas terkorban dalam kebakaran membabitkan deretan enam buah rumah di Bagan Ikan, di sini, hari ini.

Mangsa, Ong Chok Seng, 83, ditemui dalam keadaan rentung manakala cucunya, wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di lutut akibat terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Asmahisham Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati api sedang marak membakar enam buah rumah kelas C.

Pihak polis masih menjalankan siasatan termasuk mengenal pasti punca kejadian.

“Kita juga dimaklumkan terdapat mangsa terperangkap dalam salah sebuah rumah berkenaan.

“Anggota bomba kemudiannya bertindak melakukan pemadaman bagi mengawal api dari terus merebak ke rumah bersebelahan,” katanya hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan susulan membawa kepada penemuan mangsa dalam keadaan terbaring dalam sebuah bilik di rumah kedua terbabit.

“Mangsa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat manakala penghuni lain telah menyelamatkan diri sebelum kehadiran pihak bomba.

“Operasi hampir tujuh jam itu ditamatkan pada jam 1.21 petang dan keenam-enam rumah yang dihuni 25 orang itu musnah 90 peratus,” ujar

Shahrul (tengah) menyampaikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Rungkup, Datuk Shahrul Zaman turut ke lokasi kejadian bagi menyampaikan bantuan awal kepada semua mangsa kebakaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast