KUANTAN – Mayat seorang lelaki yang mati lemas di Sungai Pahang di Kampung Baru Bor, Triang dekat sini ditemui oleh anjing pengesan dan pasukan penyelamat hari ini.
Pergawai Perhubungan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat telah dijumpai pada jarak sembilan kilometer di Pulau Kening.
Faizal Akmal Fikri Mohd, 20, dilaporkan lemas kira-kira pada pukul 4 petang pada hari kejadian.
Difahamkan, mangsa dari Kampung Bukit Lada, Temerloh mandi di sungai berdekatan masjid lama Kampung Batu Bor.
“Mangsa dipercayai hilang Sabtu lalu berdasarkan saksi orang awam yang berada di lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai bomba membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan Maran, pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahan Awam, Pasukan Bulan Sambut Merah Yang dilancarkan pada semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mangsa dikatakan datang berseorangan selepas pasukan penyelamat menemui sebuah motosikal serta selipar miliknya di lokasi kejadian semasa siasatan awal dijalankan. – MalaysiaGazette