zahid bagan datuk
Shahrul Zaman Yahya (berbaju biru) bertemu dengan mangsa-mangsa kebakaran enam rumah di pekan Bagan Datuk, hari ini. (Gambar: Facebook)

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedih dengan insiden kebakaran enam rumah di pekan Bagan Datuk awal pagi tadi yang menyebabkan seorang warga emas kurang upaya terkorban.

Sehubungan itu, beliau telah meminta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Rungkup), Datuk Shahrul Zaman Yahya untuk bertemu mangsa-mangsa dan segera menghulurkan bantuan kepada mereka.

“Sementelah, sambutan Tahun Baharu Cina akan disambut dan dirai pada hujung minggu ini. Semoga bantuan yang dihulur sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

“Saya juga menantikan laporan lengkap mengenai kejadian ini. Semoga keluarga yang terlibat terus tabah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Ong Chok Seng, 83, ditemukan rentung manakala cucunya, wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di lutut dipercayai terjatuh ketika menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang, Asmahisham Ab. Aziz berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 pagi. – MalaysiaGazette