Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Selepas mengaku berumah tangga, penyanyi Fyna Jebat bersama suaminya, Datuk Zainal Abidin Hassan dikatakan muncul berdua di sebuah restoran.

Gambar adik kepada selebriti, Ayda Jebat mengakui sudah bernikah dengan jurulatih bola sepak itu dikongsikan pelakon, Datuk Mustapha Kamal menerusi TikTok miliknya.

Menurut kapsyen yang disertakan, pelakon senior itu memberitahu, dia tidak sengaja bertemu rakan lamanya iaitu Zainal ketika keluar makan.

Dia juga telah mengucapkan tahniah diatas pernikahan pasangan tersebut walaupun dilakukan secara tertutup sebelum ini.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen dari netizen yang gembira dapat melihat Fyna atau nama sebenarnya Nur Syafinaz Jebat bergambar bersama dengan suaminya.

Sebelum ini, berita tentang penikahan antara Fyna Jebat dengan bekas pengendali pasukan Penang FC itu telah heboh diperkatakan di media sosial.

Selepas gosip tersebut bertebaran, akhirnya penyanyi itu mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan Zainal ketika ditemubual sewaktu selesai menjayakan program Famili Duo minggu lalu. – MalaysiaGazette