KDNK Terengganu
Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Pas mendakwa parti itu mengamalkan politik matang dan sejahtera, tetapi pada masa sama menuduh secara umum mana-mana pihak sebagai penipu, pencuri dan perompak.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan pemimpin parti itu cuba membina persepsi tidak sesuai dengan slogan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).

“Dalam era politik matang dan sejahtera tidak wajar menuduh secara umum mana-mana pihak sebagai penipu, pencuri dan perompak bagi membina persepsi.

“Tidakkah salah satu tonggak BPMS Pas ialah politik benar, bukan persepsi?,” soal beliau menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Beliau menasihatkan parti itu agar jangan hanya melihat orang lain tidak bersih lalu mengintai-ngintai kesalahan serta membuat tuduhan.

Ujarnya, semak juga kelemahan tata kelola dan integriti dalam pentadbiran sendiri dan perbetulkan segera.

“Semak juga adakah terdapat kalangan mereka yang diberi amanah mengambil komisen daripada kontraktor-kontraktor.

“Oleh itu, muhasabah diri lebih baik daripada hanya sibuk membuat tuduhan kepada orang lain.

“Sesungguhnya akhlak mulia seorang muslim telah dipaparkan oleh Rasulullah menerusi sabda Baginda: Bukanlah muslim itu seorang yang menuduh, bukan juga seorang yang suka melaknat mencelakakan orang, bukan juga berbicara keji lucah dan bukan juga yang bermulut kotor,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Pas, cukuplah berpolitik gaya jahiliyah memecah dan mencarik umat, sebaliknya binalah politik Islam yang penuh dengan kasih sayang dan menyatukan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. maknanya parti pas bukan islam lah tu .. terima kasih yb khairudin kerana menyatakan kebenaran . fikir2 lah rakyat jelata untok menyokong perjuangan islam pas . perkara pertama yang mereka lakukan setelah nik aziz tiada ialah menaikan gaji dan eloun menteri . lepas tu tukar kereta mecerdes . amboi …. bila dapat kuasa terus ambil kesempatan untok perkemas diri sendiri . rakyat biar lah tak payah peduli .

Comments are closed.