KUALA LUMPUR – Parti Gerakan menafikan spekulasi parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) kerana bimbang sekiranya mereka kekal dalam PN maka akan hilang peluang untuk memenangi semula kerusi di Pulau Pinang.
Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Gerakan Kelantan, Ong Khang Woon bahawa ada pihak tertentu di dalam parti itu mahu keluar dari PN kerana wujud pergolakan adalah tidak benar.
“Itu hanya spekulasi dibuat-buat. Gerakan tidak pernah menyatakan hasrat seperti itu. Isu ini tidak pernah bangkit dalam mana-mana perbincangan dalam Gerakan. Kami tetap setia bersama PN.
“Ini semua fitnah yang sengaja di dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apa motif mereka” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan, tiada sebarang pihak ataupun pemimpin Gerakan yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan di bawah pimpinan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.
”Sekarang Gerajan hanya fokus kepada persediaan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang bukannya isu bangsa dalam PN.
”Gerakan berharap agar pemimpin-pemimpin PN iaitu rakan seperjuangan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak mudah percaya dengan hasutan murahan ini,” tambahnya.
Dalam pada itu, Gerakan mengingatkan semua pimpinan parti untuk tidak mengeluarkan kenyataan atau tindakan yang boleh merosakkan hubungan yang terjalin dalam PN. – MalaysiaGazette
Ada tak menambah… tak de tak mengurang. Baik takde.