Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Luruan monsun dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula esok hingga 23 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, keadaan itu berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terlibat.

Katanya, amaran hujan berterusan dikeluarkan bagi negeri Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu berkuat kuasa dari esok hingga 22 Januari.

“Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, tengah dan barat Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam dalam tempoh ramalan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook agensi kaji cuaca itu.

Menurut Muhammad Helmi lagi, amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan dikeluarkan berkuat kuasa sehingga 23 Januari.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial agensi itu serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast