Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Pengangkutan bercadang untuk tidak mengenakan tambang kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menggunakan pengangkutan awam.

Cadangan itu disuarakan Datuk Seri Nancy Shukri kepada Anthony Loke sebelum mesyuarat Kabinet bermula hari ini.

“Sebelum mesyuarat Kabinet, saya sempat berbincang dengan Anthony untuk memberi tambang percuma kepada OKU yang mengunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan stage bus.

“Beliau bersetuju secara prinsip dan akan memikirkan mekanisme yang terbaik untuk melaksanakannya,” katanya di Twitter hari ini.

Sebelum ini, kerajaan hanya menyediakan diskaun tambang pengangkutan awam kepada OKU.

Langkah itu bagi menggalakkan mereka menggunakan perkhidmatan awam di negara ini.

Menteri Pengangkutan terdahulu, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Ogos tahun lalu memperkenalkan tambang percuma khusus untuk pemegang kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pemegang kad konsesi OKU MyRapid selama sebulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast