Khairul Firdaus dam Rayner Teo bergambar sempena pelancaran laluan KL-SIbu.

KUALA LUMPUR – MYAirline hari ini melancarkan penerbangan dua kali sehari antara Kuala Lumpur dan Sibu, destinasi kedua di Sarawak.

Penerbangan Z9 8201 memulakan operasi laluan baharunya hari ini, berlepas dari klia2 pada jam 12.45 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Sibu pada 2.45 petang.

Laluan baharu ini akan menyediakan pengembara dengan ketersambungan yang lebih besar antara Malaysia Timur dan Barat.

”Kami berbesar hati melancarkan laluan Kuala Lumpur-Sibu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina ini agar keluarga akan dapat pulang dan bertemu dengan insan tersayang,” kata Rayner Teo, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline.

Sempena pelancaran laluan ini, MYAirline melancarkan Jualan Super Sarawak dengan tempoh perjalanan dari 18 Januari hingga 31 Julai 2023.

Promosi Jualan Super Sarawak termasuk tambang semua masuk dari serendah RM59 dengan bagasi 15 kilogram percuma dan pemilihan tempat duduk.

”Tawaran terhad ini tersedia untuk penerbangan Kuching, Sibu dan Miri dengan tempoh tempahan dari 18 hingga 19 Januari 2023 dan tempoh perjalanan dari 18 Januari hingga 31 Julai 2023,” tambah beliau.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pelancaran laluan baharu MYAirline antara Kuala Lumpur dan Sibu merupakan tambahan yang dialu-alukan kepada industri pelancongan di Malaysia.

”Dengan lebih banyak persaingan, kita boleh mengharapkan untuk melihat tambang kekal rendah, menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh semua orang. Kami berharap untuk melihat pertumbuhan dan kejayaan berterusan MYAirline dalam menghubungkan orang ramai dan tempat di seluruh negara dan rantau ini,” ujarnya.

Destinasi pertama MYAirline di Sarawak, bandar Kuching, telah dilancarkan pada 1 Disember 2022. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast