KUALA LUMPUR – Buat tahun kedua, satu festival raya terbesar dikenali Absolute Bazaar X Gaya Raya 2023 (ABXGR23) menyasarkan seramai dua juta pengunjung bakal diadakan selama empat hari pada Ramadan ini.
Penganjur bersama yang Pengarah Absolut Event & Management Sdn. Bhd., Ben Ali berkata, festival akan berlangsung selama 66 jam tanpa henti itu bermula 14 April ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
Beliau berkata, seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ity pada tahun lalu.
“ABXGR23 bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur.
“Lebih daripada 500 pempamer akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
“ABXGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan.
“Festival ini merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil,” katanya pada pelancaran festival itu semalam.
ABXGR23 dianjurkan oleh My Events International dan Absolut Event & Management.
Ben menambah, festival raya tahun ini akan lebih mendalami agama Islam dan menghormati Ramadan dengan menjemput ustaz-ustaz tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa.
Selain itu, festival juga akan dihiasii kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan nasyid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang imam, serta bacaan al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz.
“Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadan.
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif – Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council.
“Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ben memberitahu, pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan artis dan pemberi pengaruh terkenal, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak.
Antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meerqeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszledan serta ramai lagi. – MalaysiaGazette