Jacinda Ardern. Foto: FB Jacinda Ardern

WELLINGTON – Jacinda Ardern mengumumkan dia akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand bulan depan.

Beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua Parti Buruh selewat-lewatnya 7 Februari.

Undian kaukus untuk memilih pengganti Ardern akan diadakan pada hari Sabtu.

New Zealand akan mengadakan pilihan raya umum pada 14 Oktober.

Ardern, 42, berkata, beliau telah mengambil masa untuk mempertimbangkan masa depannya semasa cuti musim panas.

“Saya berharap bahawa saya akan menemui apa yang perlu saya lakukan dalam tempoh itu tetapi, malangnya, saya tidak. Dan, tiba masanya saya melepakan jawatan,” katanya kepada pemberita.

Ardern menjadi ketua kerajaan wanita termuda di dunia apabila beliau dipilih sebagai perdana menteri pada 2017, pada usia 37 tahun.

Beliau memimpin memimpin New Zealand untuk melalui pandemik Covid-19, kes tembakan di dua masjid Christchurch dan letusan gunung berapi White Island.

“Ada ketikanya saya perlu memimpin negara dalam situasi aman, satu ketika memimpin melalui krisis,” katanya. – Agensi