Ahmad Shabery Cheek. Foto HAZROL ZAINAL, 11 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Tindakan beberapa pemimpin parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan yang mula menyerang sesama sendiri kini menjadi ‘virus’.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shabery Cheek berkata, tindakan sama dibuat oleh golongan ini yang sama seperti dalam Kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH) akan memberi kesan kepada kerajaan.

“Virus yang menyerang kerajaan PH 22 bulan dulu ialah suka mengata sesama sendiri secara terbuka. Tak jumpa jalan saluran dalaman. Virus begini belum ditemui vaksin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shabery yang juga bekas menteri Barisan Nasional (BN) merujuk kepada kenyataan dua pemimpin daripada PKR dan DAP.

Isnin lalu, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyifatkan BN dan UMNO yang terdiri daripada kelompok kes jenayah rasuah dan pecah amanah sebagai virus.

Beliau berkata, virus berkenaan sedang menjangkiti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan PH.

“Tiada vaksin untuk menawar racun toksid ini. Jalan kesudahannya mungkin maut dan mati,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy berkata, keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dilihat menjadi ‘beban’ kepada parti itu dan PH.

Keputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kata beliau, hanya memberi kelegaan sementara kepada Ahmad Zahid, namun ia seolah-olah menjadi duri dalam daging dalam gabungan itu.

Justeru itu, Shabery berkata, zaman mengkritik seperti itu sepatuitnya perbuatan pembangkang iaitu Perikatan Nasional (PN) dan bukannya parti dalam gabungan kerajaan.

“Susah semua ni. Kena ada formula yang betul dan kena kerja kuat, kurang cakap. Bukan cari fasal dengan rakan-rakan yang sama-sama dalam kerajaan. Jambatan segera pakai besi.

“Banyak skru. Kalau tercabut, cepatlah runtuh. Nak buat yang konkrit makan masa,” katanya sinikal. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. InsyaAllah PAS akan mematikan virus2 tersebut di Selangor, N Sembilan dan Pulau Pinang dalam PRU negeri tak lama lagi. Ianya bersesuaian dengan fitrah akhir zaman.

  2. Kalau Virus, buat lah kerajaan sendiri…tak pun ajak PAS kaa..Muhyidin kaa..duk ajak UMNO tubuh kerajaan sebab apa? Ni PH kena tgk balik AP2 bodoh yg menyusahkan kerajaan dan PM

  3. yang sebenarnya sekarang KERAJAAN MUNAFIK ZAHID ANWAR,,,

    INSHA ALLAH MUNAFIK2 ini akan TUMBANG LINGKUP SEGERA

    Sepanjang kempen PRU15 mereka berperang sakan, memaki hamun dan serang-menyerang antara satu dan lain. Anwar dan kumpulannya mendakwa BN dan Umno adalah parti penyamun, kaki sakau, ketua perompak sambil mendendangkan di mana-mana sahaja lagu ‘Hoi hoi ya hoi kami semua penyamun’.

    Zahid dan kumpulannya pula mendakwa Anwar dan PH ‘kaki kencing’ menipu rakyat selama 22 bulan memerintah. DAP didakwa ekstrem dan rasis.

    SANDIWARA..ZAHID DAN ANWAR MUNAFIKUN …P.RAMLEE telah jelaskan dalam filemnya….JANGAN SALAH PANGKAH NANTI DAPAT JAMBAN DAN TAHI

Comments are closed.