ambiga siti
S Ambiga (kanan) dan Siti Kasim bercakap kepada media selepas memberi keterangan di Bukit Aman, semalam. (Gambar: Tangkap layar TikTok Siti Kasim)

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga; Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dan peguam, Siti Kasim dikatakan bersikap hipokrit kerana mempertahankan kenyataan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa bersifat rasis.

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, mereka percaya bahawa kenyataan Tommy bahawa ‘kerajaan Melayu telah gagal’ tidak berbaur perkauman walaupun ia mencetuskan bantahan banyak pihak termasuk Majlis Profesor Negara (MPN).

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri pernah mengkritik kenyataan Ramasamy itu.

“Namun, Ambiga, Siti dan Ramasamy percaya bahawa kenyataan Tommy tidak rasis dan sepatutnya dibenarkan di bawah prinsip kebebasan bersuara.

“Mungkin bagi mereka, tidak mengapa gunakan alasan kebebasan bersuara apabila anda menghina seluruh kaum tersebut secara terbuka.

“Tetapi apabila kaum lain membuat kenyataan yang sama terhadap kaum ada, adakah mereka rasis. Ketiga-tiga orang ini adalah hipokrit,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, Ambiga dan Siti meluahkan perasaan tidak puas hati setelah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubungan kenyataan yang dibuat oleh Tommy dalam sebuah forum pada September lalu.

Tommy merupakan salah seorang ahli panel forum berkenaan bersama Ambiga dan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau dilaporkan membuat kenyataan tersebut ketika mengkritik dua pentadbiran yang memerintah negara selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dengan sendirinya.

Ambiga dan Siti turut menuduh siasatan terhadap mereka mempunyai kaitan dengan desakan oleh UMNO dan PH terutamanya berkaitan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat buku Tommy yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Sian See turut membangkitkan bahawa ketiga-tiga mereka berdiam diri apabila Tommy dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan campur tangan dalam pelantikan hakim dan melanggar Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Siti Kassim tu kaum apa? Nama mcm Melayu…tapi tak nampak Melayu pun ..ker dia mcm DS Idris Jala? Nama Melayu tapi bukan Melayu Islam

Comments are closed.