Dani Alves. Foto CNN.

BARCELONA – Pemain pertahanan Brazil, Dani Alves diperintahkan ditahan tanpa ikat jamin oleh mahkamah di Sepanyol selepas ditangkap kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita, lapor SkySport.

Hakim membuat kepuatusan itu selepas menyoal pemain berusia 39 tahun itu bersabit insiden berlaku di sebuah kelab malam di Baecelona, kata mahkamah dalam satu kenyataan.

Ia dipohon pendakwa raya kerana mahkamah perlu mengambil kira terdapat risiko Alves akan cuba melarikan diri.

Beberapa jam selepas itu, kelabnya di Mexico, Pumas mengumumkan pemecatan pemain tersebut.

Alves antara seorang daripada pemain paling berjaya dalam bola sepak ditahan awal pagi ini selepas dipanggil ke balai polis di Barcelona dan dibawa ke muka pengadilan.

Dakwaan serangan seksual di Sepanyol membabitkan perbuatan meraba sehingga merogol. – MalaysiaGazette

https://www.skysports.com/football/news/11095/12791063/dani-alves-brazil-defender-denied-bail-after-being-arrested-in-spain-over-alleged-nightclub-sexual-abuse

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast