Foto Instagram Danilo Santacruz.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain skuad Bawah 23 tahun Paraguay, Danilo Santacruz dikhabarkan bakal memperkuatkan Selangor FC mengharungi saingan Liga Super 2023.

Dia yang memiliki ketinggian 1.77 meter mampu beraksi sebagai pemain sayap, penyerang dan tengah menyerang ini dijangka bergandingan dengan Faisal Halim serta mengisi kekosongan ditinggalkan Herlison Caion.

Memulakan karier profesional pada 2014-2018 bersama kelab Libertad sebelum menyertai kelab Nacional dalam Liga Paraguay.

Berdasarkan maklumat terkini di media sosial, Selangor FC menjadi kelab baharu Santacruz bagi musim 2023.

Dalam 19 penampilan Primera Division, penyerang berusia 27 tahun itu berjaya menyumbang lapan gol di samping mencipta dua hantaran untuk membantu pasukannya berada di tangga keenam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast