LONDON – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menerima notis saman daripada polis kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa membuat rakaman video di tempat duduk penumpang kereta yang sedang bergerak, lapor Agensi Akhbar Jerman.
Sunak sebelum ini sudah memohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya itu ketika beliau mengadakan beberapa siri lawatan di Lancashire pada Khamis.
Perdana Menteri Britain itu dirakam tidak memakai tali pinggang keledar dalam video Instagram untuk mempromosi satu dana ketika lawatannya ke utara England.
“Selepas meneliti perkara ini, kami hari ini (Jumaat, 20 Januari) mengeluarkan notis penalti bersyarat kepada seorang lelaki berusia 42 tahun dari London.” – Agensi