Meneteri Besar pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memeriahkan sambutan Majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Kampung Jerkoh, Benta hari ini

LIPIS – Sambutan Tahun Baru Cina di negeri ini terus diimarah dan diraikan oleh pelbagai kaum dan bangsa bagi melengkapkan elemen perpaduan dalam konsep Malaysia Madani.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, budaya menghadiri rumah terbuka dalam perayaan masyarakat Tionghua ini masih dijadikan agenda dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Kita akan kekalkan keamanan seperti ini. Ia penting bagi memastikan kemakmuran dan kestabilan tercapai sekali gus kita hidup aman damai untuk memakmurkan ekonomi negeri Pahang

“Inipatinya perpaduan kaum, selaras apa yang direncanakan menerusi konsep Malaysia Madani oleh Perdana Menteri ke-10.

Wan Rosdy berkata kepada media selepas beliau menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di Kampung Jerkoh, Benta, pada hari ini.

Pada majlis itu lebih daripada 1,000 penduduk terdiri daripada semula lapisan masyarakat pelbagai kaum memeriahkan sambutan tersebut.

Wan Rosdy meluangkan masa menyantuni tetamu dan menyampaikan ‘angpow’ kepada golongan yang .

Beliau yang diiringi isteri, Datin Seri Dato’ Burhah Mohamed berkata,  sambutan pada tahun ini diraikan dalam suasana muhibah dan harmoni seperti yang telah diamalkan sejak sekian lam.

Wan Rosdy mengharapkan amalan ini dikekalkan.

“Perbezaan antara kaum perlu dielakkan kerana ia merupakan keistimewaan dan kelebihan untuk merapatkan hubungan dan bukannya untuk memisahkan,”

Tambahnya, sikap toleransi dan saling memahami tentang agama, adat dan budaya setiap masyarakat di negara ini wajar difahami dan diutamakan. – MalaysiaGazette