Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berkenan melawat ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang. Rumah agam yang dibina sekitar tahun 1893 ini, kini dijadikan muzium dan menempatkan pelbagai barangan antik, artifak serta koleksi gaya hidup golongan Peranakan atau Baba-Nyonya.

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Negeri Selangor yang meraikannya.

Baginda berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, serta diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.

”Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua. Gong Xi Fa Cai,” titah baginda berdua. – MalaysiaGazette