KUALA LUMPUR – Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di paras tidak melebihi 500 kes semalam dengan jumlah kes baharu direkodkan sebanyak 309 kes.
Portal KKMNow turut memberitahu tiada kematian dilaporkan berkaitan dengan wabak tersebut dalam tempoh sama.
Sementara itu, kes aktif yang direkodkan adalah 10,337 dengan 9,943 kes atau 96.2 peratus daripadanya merupakan pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC) manakala 381 pesakit lagi sedang mendapatkan rawatan di hospital dengan 13 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Sementara itu, 10 lagi pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.
Kes sembuh direkodkan semalam adalah sebanyak 292. – MalaysiaGazette