BANDARAYA KUWAIT – Kerajaan Kuwait menyerahkan surat peletakan jawatan pada Isnin susulan pertikaian yang tercetus dengan parlimen, menurut media tempatan.

Akhbar Al-Qabas melaporkan kerajaan yang ditubuhkan pada Oktober itu meletak jawatan selepas enggan membuat komitmen kewangan dan membantah interpelasi oleh Ahli Parlimen.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi berhubung peletakan jawatan itu, lapor Anadolu.

Ini adalah peletakan jawatan kelima kerajaan Kuwait dalam tempoh dua tahun.

Interpelasi ialah soalan mengenai dasar-dasar kerajaan dalam parlimen oleh Ahli Parlimen kepada kerajaan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast