Muhammad Sanusi Md. Nor

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan 5 Februari ini sebagai cuti peristiwa bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keputusan meluluskan pemberian cuti itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) pada 18 Januari lalu.

“Pemberian cuti peristiwa ini adalah bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya dalam satu  kenyataan media di sini, hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast