MADRID – Seorang maut dan sekurang-kurangnya seorang lagi cedera selepas lelaki yang bersenjatakan parang melakukan serangan di dua gereja di selatan Sepanyol.
Kementerian Dalam Negeri berkata, suspek melakukan serangan pertama semasa memasuki gereja San Isidro di Algeciras, turut menyerang paderi sehingga parah.
Penyerang itu kemudian pergi ke gereja kedua dan menikam seorang penjaga hingga mati.
Bagaimanapun suspek berjaya ditahan selepas itu.
Polis berkata, kejadian ini sedang disiasat dengan kaitan keganasan.
Perdana Menteri Pedro Sanchez melalui tulisannya di Twitter berkata: “Saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terkorban dalam serangan dahsyat ini.”
Insiden itu dikecam oleh masyarakat Islam tempatan di Algeciras, yang menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan kejam
Algeciras ialah pelabuhan feri yang sibuk menghubungkan Semenanjung Iberia dengan Maghribi dan kawasan Ceuta di Afrika utara Sepanyol. – Agensi