ayam dedak telur
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bekalan telur di pasaran belum stabil dan masalah itu dijangka menjadi lebih buruk menjelang perayaan Aidilfitri pada April.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr. Ameer Ali Mydin berkata, pembekal kuih raya telah mula menghasilkan produk mereka, tetapi berdepan masalah kekurangan telur.

Beliau berkata kepada China Press, walaupun kerajaan telah membenarkan import telur dari luar negara, tetapi keadaannya bukanlah sebaik yang difikirkan menteri.

Beliau sebaliknya menjangkakan keadaan kekurangan telur akan bertambah teruk dalam sebulan dua lagi.

Katanya, kekurangan telur gred A, B dan C memaksa golongan B40 membeli telur Omega yang lebih mahal atau telur yang diimport dari India.

“Pembuat kuih raya mungkin terpaksa menggunakan telur Omega yang lebih mahal dan keadaan ini akan menyebabkan peningkatan harga kuih raya.

“Keadaan ini juga berlaku untuk kuih perayaan Tahun Baharu Cina yang mengalami kenaikan harga RM2 atau RM3 setiap balang,” katanya.

Ameer Ali menyaran kerajaan untuk menghapuskan sistem harga siling telur dan juga permit import telur.

“Pada masa ini, ramai penternak memilih menghasilkan telur Omega yang lebih mahal dan menghantar telur gred A, B dan C ke luar negara,” katanya.

Mengenai bekalan daging ayam pula, beliau berkata, bekalan semasa adalah mencukupi, tetapi keadaan perayaan Aidilfitri adalah sukar dijangkakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.