Statistik kemalangan hari kelapan op selamat 19 tahun Baru Cina 2023 oleh JSPT Bukit Aman.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,591 kemalangan jalan raya direkodkan pada hari kelapan penguatkuasaan Op Selamat 19 sambutan Tahun Baru Cina 2023.

Angka itu menunjukkan penurunan sedikit berbanding sebanyak 1,649 kes pada hari ketujuh.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah itu sebanyak 1,891 kenderaan dikesan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.

“Kereta mencatatkan angka terringgi kemalangan iaitu sebanyak 1,341 buah atau 70.91 peratus, dan pacuan empat roda mencatat (241), motosikal (209), lori (44), bas (11), van (41), teksi (3) dan sebuah ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada hari ketujuh Ops Selamat,  sebanyak 1,649 kes kemalangan dilaporkan di seluruh negara dengan 2,002 buah kenderaan termasuk sebuah basikal.-MalaysiaGazette