rakyat
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR – Warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) tidak boleh menyalahkan rakyat sekiranya mereka marah apabila harga makanan meningkat.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, mereka mesti mendengar suara rakyat dan segera mencari jalan untuk mengurangkan beban yang ditanggung.

“Kedudukan tahap keterjaminan makanan di Malaysia masih stabil namun kita mesti berusaha untuk meningkatkan lagi tahap mampu diri kita.

“Saya berharap kita semua mesti bekerja keras menambah bekalan makanan dalam negara supaya kita tidak lagi perlu bergantung kepada produk import,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Ketika ini, rakyat sedang berdepan dengan isu kenaikan harga bahan makanan yang meningkat sejak krisis pandemik Covid-19 dan konflik Rusia-Ukraine.

Selain itu, pengguna juga menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan bahan makanan seperti telur ayam sehingga menyebabkan ia terpaksa diiimport bagi menampung permintaan domestik. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. meLAYU yang bersekongkol dengan DAPIGS…..apa aku kisah…yang penting esok aku masih Hidup dan cari masih boleh makan….Jangan lupa JANJ2I MUNAFIK GOLONGAN P H campuran…..dibawah ZAHID ANWAR MAT SABU RAFIZI pakar FORMULA TEMBERANG

    Sebelum jadi MENTERI semuanya salah…GST salah .. Saya orang PERTAMA menentang kerjasama umNO dgn Pakatan Haru…PM tidak boleh jadi Menteri Kewangan…akhirinya semua sudah diJUBURI dalam masa 2 BULAN

    • tengok pada lenggok bahasa dah boleh tahu siapa yg komenprajudis,rasist,penfitnah…dan buta perut punya mahluk!..

  2. Harga makanan naik ikut nilai ringgit naik ikut ekonomi tanah tergadai Singapore politikus pakar ekonomi Pak Pandir ooii!

  3. abes tu abg mat boleh buat apa? kuasa dah dapat kan. menteri dulu abg mat and the gang dah balun rapat. sekarang? mana ‘formula’ ?

Comments are closed.