MGNews: Musa Hitam Ingatkan Rafizi Rakyat Hanya Boleh ‘Bersopan’ Dalam Tempoh 3 Hingga 6 Bulan

Musa Hitam Ingatkan Rafizi Rakyat Hanya Boleh ‘Bersopan’ Dalam Tempoh 3 Hingga 6 Bulan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Membaca artikel dibawah, rakyat menjadi semakin konfius, siapa yang bercakap benar, siapa yang MENIPU rakyat???
    ————————————————————————————————————–
    SHAH ALAM – Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin menafikan berlaku trend penurunan harga membabitkan bahan asas utama yang digunakan peniaga makanan di negara ini.

    Beliau berkata, sejak tahun 2020 sehingga kini, harga barangan tersebut langsung tidak menunjukkan sebarang penurunan.

    Malah katanya, harga bahan mentah secara keseluruhan dianggarkan meningkat antara 10 hingga 15 peratus pada tempoh yang sama.
    “Nak kata harga ayam, tak turun. Nak kata telur, tidak cukup. Nak kata daging, harga memang sudah lama naik. Kalau tepung atau gula, harganya stabil tapi tidak turun,” jelasnya.

    Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menggesa peniaga restoran dan kedai makan supaya menyemak harga jualan mereka agar selari dengan harga bahan mentah yang menurutnya kini telah merekodkan penurunan.

    Dalam pada itu Ameer berkata, beliau tidak begitu jelas dengan barangan bahan mentah yang dimaksudkan Rafizi telah mengalami penurunan harga itu.

    “Menteri perlu beri perincian harga barang yang sudah turun itu,” ujarnya sambil menambah, harga minyak masak di pasaran juga masih berada pada paras sama tanpa sebarang perubahan.

    Bagi harga bahan mentah seperti sayuran pula, menurut beliau, trend harga produk segar itu sentiasa turun naik bergantung kepada tahap bekalan dan juga keadaan cuaca di dalam negara.

    Pada masa sama, Ameer berkata, harga beberapa barangan makanan dan bahan jenama antarabangsa juga dijangka meningkatkan kira-kira lima peratus bermula Februari depan.

    Beliau turut menjelaskan bahawa sektor perniagaan peruncitan kini berhadapan dengan peningkatan kos operasi yang antara lain disumbang oleh penarikan subsidi tarif elektrik, pelaksanaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan) 2022 berkaitan pembayaran kerja lebih masa untuk pekerja bergaji RM4,000 ke bawah dan kekurangan tenaga kerja.

Comments are closed.