Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Katanya, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns  Hopkins School of Advanced International Studies,  sebuah universiti di Amerika Syarikat.

“Saya minta, pelawa dia bantu saya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak bayar apa-apa elaun kepada dia,” kata Anwar ketika ditanya mengenai pelantikan Nurul Izzah yang tidak ada pengalaman dalam ekonomi.

Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Kewangan, beliau juga tiada kelayakan formal.

Malah, tempelaknya, ramai pemimpin Perikatan Nasional yang memegang jawatan menteri tidak memiliki kelulusan dalam bidang masing-masing.

Jadi, kalau hendak bangkitkan isu tersebut, mestilah konsisten.

”Adakah seorang menteri kesihatan mesti seorang doktor, menteri air sebagai jurutera? Tidak pernah berlaku macam tu,” katanya ketika sidang media di Tambun hari ini. – MalaysiaGazette

Nurul Izzah jadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM

 

1 Komen

  1. tahniah ANWAR KEKAL RAJA MUNAFIK NEGARA MALAYSIA MADANI

    PM TIDAK BOLEH PEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN…PETROL TURUN RM1,50 PTPTN HAPUS ..TOL HAPUS…TIADA RASUAH TIADA KRONI TIADA NEPOTISME SUKU SAKAT

Comments are closed.