Mendiang Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mewakili badan kehakiman dan seluruh warga kerjanya mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Gopal Sri Ram, mantan Hakim Mahkamah Persekutuan di atas kematiannya hari ini.

Pemergian mendiang merupakan kehilangan yang amat besar kepada badan kehakiman Malaysia dan juga keseluruhan keluarga undang-undang di Malaysia.

”Mendiang telah banyak berjasa kepada Badan Kehakiman Malaysia sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan.

”Sesungguhnya pemergian mendiang merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga Kehakiman khasnya dan negara amnya.,” menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman di sini hari ini.

Gopal Sri Ram merupakan Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun bermula dari penubuhan Mahkamah Rayuan pada tahun 1994 sehingga mendiang dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2009. – MalaysiaGazette