ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai membuat laporan palsu berkenaan kejadian pecah kedai aksesori melibatkan kerugian RM600,000.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, lelaki berkenaan mendakwa kejadian tersebut berlaku di Dataran Mentari, Petaling Jaya dua hari lalu.

“Bertindak atas maklumat sepasukan polis daripada IPD Petaling Jaya telah bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh pihak forensik PDRM Selangor untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan CCTV (kamera litar tertutup) di tempat kejadian mengesahkan tiada kejadian pecah kedai sebagaimana dilaporkan oleh pengadu,” katanya menerusi kenyataan.

Setelah disiasat, lelaki  berkenaan mengaku membuat laporan polis demi mendapatkan tuntutan insurans.

Sehubungan itu katanya, satu laporan polis telah dibuat mengenai laporan palsu tersebut.

Dalam masa yang sama Mohamad Fakhrudin berkata, kertas siasatan telah dibuka dan kes itu disiasat di bawab  Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

“Sisatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut,” tambah beliau.-MalaysiaGazette