Nad Zainal dan Ungku Ismail

KUALA LUMPUR – Hantaran yang dimuat naik oleh pelakon, Nad Zainal lengkap dengan busana pengantin bersama dengan Ungku Ismail mendapat perhatian.

Dengan kapsyen ‘Alhamdulillah’, Farah Nadia Zainal Abidin, 33 dipercayai telah mendirikan rumah tanggan dengan heronya dalam Cina Buta pada 23 Januari yang lalu.

Pelakon berkenaan turut memuat naik video berdurasi 10 saat dilihat berpimpin tangan menuju ke majid.

Walau bagaimanapun sehingga kini tiada pengesahan rasmi daripada kedua-dua pelakon tersebut.

Ruangan komen pelakon berkenaan pula dihujani dengan ucapan tahnia daripad rakan-rakan artis seperti Kaka Azraf, Dynas Mokhtar, Mawar Rashid, Janna Nick dan ramai lagi.

Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang berusia setahun.

Namun pada 3 September tahun lalu beliau mengesahkan sudah berpisah dengan Faliq.-Malaysiagazette