Nga Kor Ming.- Foto HAZROL ZAINAL, 18 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar layak untuk berkhidmat sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada ayahnya yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang mempertahankan pelantikan tersebut berkata, secara fakta Nurul Izzah mempunyai pengalaman untuk dilantik ke jawatan tersebut.

Naib Pengerusi Kebangsaan DAP menambah, Nurul Izzah yang merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka.

Selain itu Nurul Izzah juga merupakan bekas Ahli Parlimen, selain menjadi anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

“Biar fakta bicara. Nurul Izzah mempunyai kelulusan akademik cemerlang termasuk kejuruteraan dan public policy dari John Hopkins University yang terkemuka.

“Beliau sebagai anggota jawatankuasa kira-kira wang negara dan Ahli Parlimen kini bekerja tanpa gaji. Apa salah yang layak ini berbakti untuk negara?” ciap Ahli Parlimen Teluk Intan itu di Twitter.

Pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanan bagi ekonomi dan kewangan kepada ayahnya menimbulkan kritrikan banyak pihak terutama pembangkang.

Tindakan tersebut dilihat sebagai kronisme dan nepotisme.

Kronisme menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai amalan mengutamakan atau mementingkan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan, pemberian sesuatu projek dan sebagainya.

Manakala nepotisme pula bermaksut perbuatan atau amalan yang mementingkan atau melebihkan sanak-saudara dan kawan-kawan sendiri.

Perdana Menteri bagaimanapun semalam mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.

Katanya, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies, sebuah universiti di Amerika Syarikat.

“Saya minta, pelawa dia bantu saya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak bayar apa-apa elaun kepada dia,” kata Anwar.

Sebelum itu media melaporkan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PRK memberitahu beliau dilantik ke jawatan tersebut berkuatkuasa pada 3 Januari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 Nurul Izzah gagal mempertahankan Parlimen Permatan Pauh yang disandangnya sejak 2018.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Coba orang lain lantik sanak saudara anak atau teman, dialah orang pertama yang memekak membangkang. Ikut cara DSNR tak ada kroni dan nepo.

Comments are closed.