KUALA LUMPUR – Pemecatan dan penggantungan pemimpin dan ahli UMNO terus menjadi tumpuan.
Walaupun UMNO tewas dalam pilihan raya umum yang lalu namun apa sahaja tindakan parti itu masih diperhatikan sama ada pihak lawan mahu pun masyarakat umum
Pemecatan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar misalnya masih diperdebatkan dalam media sosial.
Malah terdapat portal yang mengutip pendapat di Twitter kononnya pengguna media sosial naik angin selepas UMNO memecat bekas Ahli Parlimen Rembau itu.
Kononnya pengguna internet menyifatkan tindakan UMNO memecat Khairy Jamaluddin sama seperti menggali kubur sendiri.
Bagaimanapun bukan semua menentang keputusan kepimpinan UMNO sebaliknya mereka menyokong tindakan yang diambil terutama ke atas Khairy Jamaluddin.
“Jadi naib ketua pemuda tanpa bertanding, menangi jawatan ketua pemuda yang dikelilingi isu rasuah. Kemudian tak tunduk, tak bengkok, tak patah (unbowed, unbent, unbroken) sehingga akhirnya, masih tiada isi – hanya retorik, slogan palsu dan drama,” ciap @The_Endie di Twitter
“KJ elok kena pecat, biar budak 4th floor tak boleh cari makan. Mungkin boleh cari makan dengan Perikatan Nasional,” komen @alifkiwomya.
“KJ ni ular yang power. Entah apa tah ada pimpinan PKR pun konon-konon nak sedih and terpaling shock pasal KJ kena pecat ni. Budak tadika pun tau la ko dah kritik parti berbulan-bulan depan media, mesti kena pecat,” komen @MuzhaffarWahid.
“Orang bukan ahli UMNO pula yg pandai ulas isu parti UMNO. Aku berjuang bukan kerana Zahid, KJ dan manusia tapi parti keramat orang Melayu UMNO. Jika berjuang kerana manusia dia masuk kubur kamu ikut masuk kubur, dia masuk penjara kamu masuk penjara, dia kena pecat kamu lari keluar parti,” kata @GhazaliResab.
“Baru cakap tadi kat husband. Yok yo ooo je yang sedih dengan KJ kena pecat. Takyahlah sedih sangat. Dia elok je even kena pecat. Kena gula-gula je kome. Mana ada politician baik. Kaya dan terus kaya adalah. Senang cerita tak payah taksub,” komen @Linzabuti.
Tidak kurang juga yang menyarankan supaya tidak ada mana-mana parti untuk menerima Khairy Jamaluddin sebagai ahli.
“Geng-geng PH yang offer nak kutip KJ, aku nasihatkan pergi jumpa pakar sakit otak. Mohon dijauhkan,” kata @azrulazimi.
“Dalam parti tu ramai lagi yang setia dan boleh buat kerja.
Kenapa tak nak build up dia orang. Sampah dah kena buang kutip masuk parti. Yang setia pada parti tolak tepi,” komen @bhhniaga1.
“PH tak perlukan opportunist mcm KJ. Selalu dia survive kan tapi kali ni ada yang nampak macam tak tau apa dah kill dia punya career politik,” komen @Shahrrrill.
Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dipecat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Jumaat lepas.
Parti itu turut mengantung keahlian Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Ketua Penerangannya, Shahril Hamdan selama enam tahun.-MalaysiaGazette