Pengerusi NAZA TTDI Sdn Bhd, Datuk Jasmy Ismail (tengah) bersama yang lain menggaul 'Yee Sang' pada Malam Apresiasi Media NAZA di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 31 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Sejak ditubuhkan pada tahun 1973, NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) berjaya menyiapkan lebih 25,000 unit kediaman dan komersil.

Pengerusinya, Datuk Jasmy Ismail berkata, syarikat mega itu akan terus memanfaatkan pengalamannya untuk membina perbandaran terkemuka berskala besar serta projek premium dan mercu tanda.

“Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaatkan banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, kami tetap teguh dalam fokus untuk menawarkan unit kediaman dan komersial yang menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-50 dan Malam Apresiasi Media di sini hari ini.

Pengerusi NAZA TTDI Sdn Bhd, Datuk Jasmy Ismail.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut, Daniel Lim.

Jasmy berkata, ulang tahun ke-50 NAZA TRDI merupakan peristiwa penting bagi syarikat berkenaan yang telah melalui pelbagai cabaran.

“Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaat banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran,” katanya lagi.

Sebagai meraikan ulang tahun yang bersejarah itu, NAZA TTDI  memulakan Kempen Keharmonian Kehidupan dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang enam bulan.

Untuk rekod, syarikat itu turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya.

Dalam masa yang sama NAZA TTDI juga membangunkan perumahan kos sederhana dan rendah.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Penipu besar ni… rumah bina x siap pun. Menyusahkan org pembeli dan sakit mata rakyat di shah alam. Cuba tgk projek ttdi sentralis stellar residence sebelah stadium shah alam tu. Sejak 2017 terbengkalai situ la

Comments are closed.