PN Bersih
Gambar hiasan

KETIKA berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac 2022, pemimpin-pemimpin Perikatan Nasional (PN) sering melemparkan label ‘penyamun’ dan ‘perompak’ terhadap UMNO bagi menjejaskan kredibiliti parti itu dalam kalangan pengundi.

Antara yang berulang-ulang kali membuat tuduhan tersebut ialah Pengerusi PN merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam siri ceramahnya pada PRN Johor, Muhyiddin pernah membuat lawak hambar bahawa beliau terlupa meminta penduduk Bukit Kepong menutup pintu dan tingkap rumah semasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat tempat mereka.

Beliau membuat sindiran itu kerana kononnya ‘pencuri’ sudah datang ke kampung mereka.

Tuduhan ‘penyamun’ dan ‘perompak’ terhadap pemimpin-pemimpin UMNO tetap diteruskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi menghasut rakyat agar tidak mengundi Barisan Nasional (BN).

Pada masa yang sama, PN menjual slogan ‘Bersih dan Stabil’ atau akronimnya PN BEST kepada para pengundi untuk menunjukkan bahawa gabungan politik itu ‘bersih’ daripada penyelewengan dan salah guna kuasa serta berupaya membawa kestabilan kepada negara.

Memang ramai rakyat khususnya golongan muda yang kali pertama mengundi termakan hasutan itu dan kesannya dapat dilihat dari keputusan PRU-15 yang menyaksikan BN beroleh keputusan terburuk dalam sejarah.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan pihaknya telah membekukan akaun-akaun milik Bersatu untuk membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Selagi mahkamah belum menjatuhkan hukuman, pemimpin-pemimpin Bersatu bebas untuk membuat penafian, walaupun mereka sendiri pernah secara semberono melabelkan pemimpin-pemimpin UMNO sebagai ‘perompak’ dan ‘penyamun’ ketika kes masih dalam perbicaraan.

Namun, mereka pasti tahu dan sedar bahawa politik persepsi memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi sokongan rakyat terhadap mana-mana parti politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dalam masa beberapa bulan lagi.

Siasatan membabitkan akaun Bersatu oleh SPRM itu boleh menghakis keyakinan pengundi di enam negeri terbabit terhadap kredibiliti slogan PN BEST yang bakal dikitar semula semasa berkempen kelak.

Akibatnya, PN bukan sahaja berdepan kesukaran menawan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, malah tidak mustahil hilang sejumlah kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang ketika ini menjadi kubu kuat Pas.

Cuma dari sudut yang positif, pihak lawan tidak lagi dapat memainkan isu PN ‘membeli’ pengundi pada enam PRN berkenaan kerana akaun Bersatu telah pun dibekukan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. APA SUDAH JADI DENGAN JANJI2 MUNAFIK DAN FITNAH ANWAR……..

    PM TIDAK BOLEH JADI MENTERI KEWANGAN

    TIDAK AKAN BERSAMA UMNO SERTA ZAHID HOI YA HOI PENYAMUN DAN PERASUAH
    BERTEGAS TIADA LANTIKAN ANAK BERANAK SERTA KELUARGA DALAM KABINET
    TUDUH PAS TERIMA DANA TOKEH JUDI….RM90JUTA DARI UMNO
    2 BULAN PM HARGA MINYAK XTURUN….TOL TIDAK HAPUS PTPTN TIDAK HAPUS

  2. tak pe duit tin milo masih ada lagi . lawan tetap lawan . tipu tetap tipu . sokong tak sokong tengok keputusan nanti

Comments are closed.