The Kuala Lumpur Police Chief, Datuk Azmi Abu Kassim at a news conference. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 07 MAY 2021. roadblocks MCO KL Kuala Lumpur
Azmi Abu Kassim.

KUALA LUMPUR – Polis telah memanggil 10 individu untuk dirakam keterengan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, seramai tujuh orang telah diambil keterangan bagi perhimpunan di Kedutaan Sweden dan tiga lagi untuk Kedutaan Belanda.

“Kita akan memanggil beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan dua perhimpunan bagi menyerahkan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam.

Beliau berkata, perhimpunan itu tidak mematuhi undang-undang dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi telah membuka dua kertas siasatan di bawah  Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012. – MalaysiaGazette